Powered By Blogger

Monday, September 19, 2011

Harum Wanginya Bersinar

Setangkai Mawar

Harum wangi dan bersinar
Setangkai mawar dijambangan
Dipuja-puja dalam jambangan
Idaman rindu sang kumbang

Tetap teguhnya ditangkai
Melambai ditiup sang bayu
Tak gugur bunga jangan dicapai
Indahnya menjadi ilhamku

Berjiwa suci dan beramal damai
Itulah ajaran yang benar
Aman dan tenang hidup yang permai
Dikeliling setangkai mawar

Tetap teguh hidup kita
Sebati membela negara
Dijunjung tinggi dipuja-puja
Harapan kita di Malaysia

Thursday, September 8, 2011

Sayang Semua



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kejadian yang berlaku di ibu kota mengenai pengabaian yang dilakukan oleh pemilik pusat penjagaan haiwan ternakan. Sayu hati saya dan isteri apabila melihat kucing yang comel mati terkurung didalam sangkar. Sungguh menyedihkan.

Islam juga memberi tumpuan kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Mereka semuanya adalah makhluk Allah sepertimana firman-Nya:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ

وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ.


Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]




Sebagaimana makhluk ciptaan Allah yang lain haiwan juga mempunyai hak untuk hidup aman dan damai.

Bagaimana pula dengan haiwan ternakan seperti kucing, arnab dan ikan?

Terdapat beberapa hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang memberi perhatian khusus kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Hadis-hadis tersebut menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang menjaga kebajikan haiwan dan ancaman yang berat bagi sesiapa yang meremehkannya. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا

فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]


Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran:

دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.

Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]

Sebagai manusia biasa kita sendiri seharusnya mempunyai perasaan terhadap haiwan, jangan kerana mereka sesekali menyakitkan hati kita, kita jadikan mereka sebagai objek yang tidak bernyawa.

(saya dan isteri sangat meminati kucing dan arnab, jika sahabat-sahabat ada arnab baka holland lop untuk dijual bolehlah hubungi saya)






Mina Aidil Wal Faizin

Mina Aidil Wal Faizin Kullu 'Amun Wa Antum Bikhair