Powered By Blogger

Monday, August 22, 2011

Ganjaran Abadi





73. Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya."

74. Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal."

75. Dan kamu (Muhammad) akan melihat malaikat-mmlaikat berlingkar di sekeliling 'Arsy bertasbih sambil memuji Tuhannya; dan diberi putusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkan: "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."

Ganjaran Allah yang tidak ternilai harganya buat orang-orang yang dikehendakiNya. Adakah kita tergolong dalam kalangan itu? Sedangkan kita masih sibuk dengan tohmahan dunia, kedekut dengan rezeki yang Allah berikan, masih layakah kita, fikirkan sahabat-sahabatku ketika hari menjelang penghujung Ramadhan yang mulia.






Sedekah : Kisah gadis yang pemurah

Sering kali kita menyebut tentang sedekah maka jawapan yang biasa didengar, senyum juga satu sedekah, namun bila saya terbaca kisah ini di internet saya sangat tersentuh dan mengalirkan air mata.









Tajuk asal kisah ini ialah Girl Holds Umbrella for Disabled Old Beggar in Rainstorm, yang bermaksud seorang gadis memayungi seorang peminta sedekah yang tua ketika hujan lebat. Kisah ini berlaku di negara China menunjukkan gadis tersebut basah kuyup semata-mata untuk memayungi peminta sedekah yang cuba berlindung dari hujan. peminta sedekah itu merupakan seorang tua yang bergerak diatas kereta sorong mungkin akibat kecacatan. Gadis itu telah memberi sedekah yang paling berharga.



Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kaitannya dengan sedekah, bagi saya gadis itu telah menyedekahkan keselesaan, keperluan dan kesihatan dirinya hanya kepada seorang tua yang langsung tidak dikenalinya. Walaupun laporannya masih panjang namun saya hanya mahu memanggil sahabat sekalian merenung adakah kita sanggup menyedekahkan keselesaan kita kepada orang lain?

Kisah ini mengingatkan saya semasa saya berbual dengan seorang sahabat saya yang juga seorang ustaz yang banyak membantu dalam kerja kebajikan. Masyarakat hanya melihat sedekah sebagai memberi sesuatu yang kita tak perlukan sebagai contoh baju lama, duit baki beli majalah, dan sebagainya. Tidak pernah sekalipun mereka memberi sedekah sesuatu yang mereka sangat hargai.

http://www.chinasmack.com/2011/pictures/girl-holds-umbrella-for-disabled-old-beggar-in-rainstorm.html

saya teringat kisah Saidatina Khadijah yang mengorbankan segala hartanya demi kebangkitan Islam dan kisah saidina Abu Bakar yang meninfakkan hartanya dalam satu peperangan.

sempena bulan Ramadhan sama-sama kita fikirkan

Lailatul Qadar



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".




Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan kembali!!



sempena bulan ramadhan marilah kita meperbanyakkan amalan, banyak amalan yang hanya terdapat di bulan ramadhan seperti Solat terawih, puasa itu sendiri hanya terdapat di bulan ramdhan, bulan lain hanya sunat hukumnya,


Wednesday, August 17, 2011

Seribu kemaafan

Assalamualaikum w.b.t, saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini, maklumlah kehidupan berumah tangga yang mencabar. terima kasih kepada sahabat yang begitu setia memberi dorongan dan keluarga yang tidak putus-putus memberi sokongan. Diharap dengan kehadiran isteri tercinta dapat menyemarakkan diri dalam bidang dakwah sehingga ke akhir hayat.