Powered By Blogger

Monday, August 22, 2011

Sedekah : Kisah gadis yang pemurah

Sering kali kita menyebut tentang sedekah maka jawapan yang biasa didengar, senyum juga satu sedekah, namun bila saya terbaca kisah ini di internet saya sangat tersentuh dan mengalirkan air mata.









Tajuk asal kisah ini ialah Girl Holds Umbrella for Disabled Old Beggar in Rainstorm, yang bermaksud seorang gadis memayungi seorang peminta sedekah yang tua ketika hujan lebat. Kisah ini berlaku di negara China menunjukkan gadis tersebut basah kuyup semata-mata untuk memayungi peminta sedekah yang cuba berlindung dari hujan. peminta sedekah itu merupakan seorang tua yang bergerak diatas kereta sorong mungkin akibat kecacatan. Gadis itu telah memberi sedekah yang paling berharga.



Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kaitannya dengan sedekah, bagi saya gadis itu telah menyedekahkan keselesaan, keperluan dan kesihatan dirinya hanya kepada seorang tua yang langsung tidak dikenalinya. Walaupun laporannya masih panjang namun saya hanya mahu memanggil sahabat sekalian merenung adakah kita sanggup menyedekahkan keselesaan kita kepada orang lain?

Kisah ini mengingatkan saya semasa saya berbual dengan seorang sahabat saya yang juga seorang ustaz yang banyak membantu dalam kerja kebajikan. Masyarakat hanya melihat sedekah sebagai memberi sesuatu yang kita tak perlukan sebagai contoh baju lama, duit baki beli majalah, dan sebagainya. Tidak pernah sekalipun mereka memberi sedekah sesuatu yang mereka sangat hargai.

http://www.chinasmack.com/2011/pictures/girl-holds-umbrella-for-disabled-old-beggar-in-rainstorm.html

saya teringat kisah Saidatina Khadijah yang mengorbankan segala hartanya demi kebangkitan Islam dan kisah saidina Abu Bakar yang meninfakkan hartanya dalam satu peperangan.

sempena bulan Ramadhan sama-sama kita fikirkan

No comments:

Post a Comment