Powered By Blogger

Monday, January 24, 2011

Sumbangan buku-buku




Hari ini menerima sumbangan terbaru daripada seorang pensyarah Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail. Beliau merupakan salah seorang pensyarah jabatan Bahasa Inggeris yang amat dihormati. Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi memberi sumbangan.




Kebanyakan sumbangan ini akan diserahkan kepada asrama anak yatim Markaz Syarifah Abd Aziz Al Munayyis di Pasir Puteh.


Sumbangan berbentuk buku-buku ilmiah dan permainan indoor ini sangat berharga terutama kepada para pelajar. Kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyumbang bolehlah menghubungi saya di talian 0139355520.

Friday, January 21, 2011

Sumbangan alatan sukan





Baru-baru ini markaz anak yatim Syarifah Abd Aziz Al Munayis telah menyatakan bahawa asrama kekurangan alatan sukan indoor dan sukan court seperti badminton serta takraw. Sehubungan dengan itu saya dan beberapa orang rakan telah berusaha untuk menunaikan hasrat mereka. Alhamdulillah beberapa orang individu telah menyumbang alatan sukan samada terpakai mahupun baru. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang menyumbang (Allah merahmati kalian semua). saya juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada Rohazlan Hashim, Mohd Zaidul Khairi Osman dan Nur Syuhada Mat Ti yang telah membantu saya mengurus sumbangan tersebut.






Sebahagian dari sumbangan tersebut telah saya serahkan pada 13 Januari dan Insyaallah sebahagian lagi akan diserahkan pada minggu ini. Kepada saudara yang ingin memberi sumbangan berbentuk alatan sukan boleh terus menghubungi di talian 0139355520.

Thursday, January 20, 2011

Hadith :
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”

(Bukhari)



Huraian
1. Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
2. Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
3. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
4. Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

Tuesday, January 18, 2011

Asrama Anak-Anak Yatim Markaz Syarifah Abd Aziz Al Munayyis

Photobucket

Asrama anak yatim ini terletak di berdekatan pekan Pasir Puteh Kelantan. Asrama ini diduduki 30 orang pelajar, kesemuanya pelajar lelaki berumur antara 13-17 tahun. Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehla berhubung terus dengan pengurusan asrama atau dengan saya sendiri.

Photobucket Photobucket



kepada saudara saudari yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pihak pengurusan asrama di alamat berikut.


Markaz Syarifah Abd aziz Al Munayyis,
Lot 1114, Taman Kobena, Wakaf Berangan,
16800, Pasir Puteh,
Kelantan

012 9837004 (Penyelia Asrama)

Photobucket

Jendela Kebajikan

Photobucket

Kebajikan sangat hampir dengan nurani kita, tapi entah mengapa kita semakin menjauhkan diri daripadanya, berusahalah wahai teman demi kesejahteraan bersama

Monday, January 17, 2011

sesuci hati

Alhamdulillah, saya diberi masa untuk menerbitkan blog ini, diharap dapat terus bermusafir dalam dunia yang tiada sempadan ini